Genshin Impact catat pendapatan RM8.4 bilion


  • eSports
  • Sabtu, 02 Okt 2021

GENSHIN Impact ditawarkan di semua platform permainan utama. — Agensi

PERMAINAN video popular, Genshin Impact berjaya memperoleh pendapatan bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM8.4 bilion) sejak dilancarkan pada 28 September 2020.

Menurut laporan, kesemua pendapatan itu disumbangkan menerusi versi mudah alih sahaja.

China merupakan negara pasaran terbesar bagi versi mudah alih Genshin Impact pada tahun pertama dilancarkan apabila menjana AS$577 juta (RM2.4 bilion) atau 28.6 peratus daripada jumlah pendapatan seluruh dunia, menerusi platform iOS.

Jepun pula menduduki tangga kedua dengan 23.7 peratus manakala Amerika Syarikat (AS) berada di tangga ketiga dengan nilai pendapatan kira-kira 21 peratus.

Sementara itu, Genshin Impact berada di tangga ketiga dalam senarai permainan video mudah alih paling tinggi nilai pendapatannya dalam gedung pembelian aplikasi App Store dan Google Play selain Honor of Kings serta PUBG Mobile.

Menariknya, Genshin Impact berjaya merekodkan pendapatan sebanyak AS$1 bilion (RM4.2 bilion) dalam tempoh kurang enam bulan daripada pelancarannya.

Permainan video tersebut berjaya menarik perhatian ramai pemain kerana ditawarkan di kebanyakan platform seperti Playstation, PC dan Nintendo Switch. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Genshin Impact, permua, China, iOS, Android, PS4, PS5