PRO Evolution Soccer kini digantikan dengan eFootball 2022 dan sudah pun menemui peminat e-sports di seluruh dunia.
Bagaimanapun, keterujaan pemain permainan video untuk merasai sendiri pengalaman eFootball musnah dalam sekelip mata.
Selepas berpeluang merasai sendiri permainan itu, ramai pemain tampil meluahkan rasa tidak puas hati terutamanya membabitkan soal kualiti grafik.
Menerusi ciapan di laman sosial Twitter, peminat berkongsi beberapa imej memaparkan model karakter dalam permainan yang buruk dan juga melabel grafik penonton kelihatan lebih seram berbanding zombie.
Grafik penonton disifatkan lebih buruk daripada zombie.
Ada juga yang memuatnaik ciapan menunjukkan pemain dalam padang tiba-tiba hilang.
Berdasarkan luahan peminat, boleh dikatakan siri eFootball cukup tidak berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan oleh Konami sebagai pihak yang membangunkan permainan ini.
Menurut Steam 250, sebuah laman yang menyenaraikan kedudukan berdasarkan skor – eFootball disenaraikan sebagai permainan terburuk dalam sejarah Steam, mengatasi Fallout 3 pada 2011.
Pada awal pelancaran, Konami menyatakan buat masa ini permainan ini dilancarkan hanyalah sebagai demo dengan beberapa mekanik tambahan, mod permainan dan jenis pemain yang akan ditambah melalui kemaskini akan datang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram