Spesifikasi eFootball 2022 untuk PC mula didedahkan kepada umum


  • eSports
  • Isnin, 20 Sep 2021

PERMAINAN itu ditawarkan secara percuma kepada semua platform permainan video. — Agensi

SYARIKAT pengeluar permainan video, Konami mendedahkan keperluan spesifikasi untuk permainan eFootball 2022 bagi para pemain komputer di laman Steam.

Keperluan minimum:

Sistem operasi: Windows 10 – 64bit

Cip pemproses: Intel Core i5-2300/ AMD FX-4350

Memori: 8 GB RAM

Grafik: GeForce GTX 660 Ti/ Radeon HD 7790

Storan: 50 GB ruang kosong

Keperluan yang disyorkan:

Sistem operasi: Windows 10 – 64bit

Cip pemproses: Intel Core i5-7600/ AMD Ryzen 5 1600

Memori: 8 GB RAM

Grafik: GeForce GTX 1060/ AMD Radeon RX 590

Storan: 50 GB ruang kosong

Berdasarkan spesifikasi yang didedahkan, tidak mengejutkan bagi Konami mengesyorkan perisian pada tahap tidak terlalu berkuasa bagi mendapatkan pengalaman permainan yang baik disebabkan ia ditawarkan secara percuma.

Dalam pada itu, Konami juga membuka pra-tempah untuk pek permainan berharga RM169.

Antara kandungan dalam pek berkenaan ialah permainan eFootball 2022, 6 Chance Deals, dan 2800 eFootball Coins.

Sekiranya pemain melakukan pembelian secara pra-tempah, anda akan mendapat tambahan 2 Chance Deals.

Bagaimanapun, Chance Deals dan eFootball Coins hanya boleh digunakan selepas kemaskini pada pertengahan November meskipun eFootball 2022 bakal dilancarkan pada 30 September.

Selain komputer, eFootball 2022 akan dilancarkan serentak untuk platform PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Bagi versi iOS dan Android pula akan dilancarkan pada satu tarikh yang masih belum diumumkan. — IGN India

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

eFootball 2022, konsol, PC, Konami