PENJAGA gol Itali, Gianluigi Donnarumma menjadi sasaran kecaman para peminat sendiri ketika perlawanan separuh akhir UEFA Nation League menentang Sepanyol pada Khamis.
Menurut laporan Football Italia, segelintir peminat Itali yang juga merupakan penyokong AC Milan masih tidak dapat menerima keputusan Donnarumma berhijrah ke Paris Saint Germain (PSG) pada musim ini.
Pada musim panas lalu, Donnarumma mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama Milan dan memilih untuk berpindah ke PSG kerana didakwa menerima gaji lebih tinggi di kelab Perancis tersebut.
Bagaimanapun, tindakan segelintir para penyokong Itali mencetuskan kemarahan jurulatih Itali, Roberto Mancini.
"Donnarumma bermain untuk Itali, bukan untuk kelab. Sangat memalukan apabila para penyokong mengecamnya," katanya.
Tambah Mancini, Donnarumma menampilkan aksi yang baik dalam perlawanan berkenaan meskipun Itali tewas 1-2 kepada Sepanyol.
"Saya berharap kejadian sebegitu tidak berlaku lagi.
"Situasi tersebut boleh berlaku sekiranya perlawanan PSG menentang Milan, tetapi dia bermain untuk Itali dan kepentingan terhadap pasukan kebangsaan adalah segalanya," ujar Mancini lagi.
Pada perlawanan tersebut, pemain Sepanyol, Ferran Torres menjadi wira apabila menyumbat dua gol pada babak pertama sebelum Lorenzo Pellegrini memberikan gol sagu hati buat Itali.
Sepanyol akan menentang pemenang antara Perancis dan Belgium pada perlawanan akhir UEFA Nations League di Itali pada Ahad. — Agensi