Mbappe dedah sebab mengapa nekad tinggalkan PSG


  • Podium
  • Rabu, 06 Okt 2021

KONTRAK Mbappe akan tamat pada hujung musim ini. — Reuters

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe akhirnya mengakui bahawa dia ada memohon kepada pihak pengurusan untuk melepaskannya pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Pemain Perancis itu berkata, keputusan itu dibuat supaya PSG mendapat wang dari perpindahannya memandangkan kontraknya hanya berbaki setahun sebelum berakhir secara rasmi selepas tamat musim ini.

“Saya telah meminta untuk berpindah. Sejak saya berniat tidak mahu melanjutkan kontrak, saya mahu kelab mendapatkan wang hasil perpindahan saya supaya mereka dapat membeli pengganti yang berkualiti.

“Jujurnya, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan PSG tetapi beberapa dakwaan mereka yang mengatakan saya menolak kontrak lumayan selepas ditawarkan sehingga enam, tujuh kali adalah tidak benar.

"Kelab ini telah banyak berjasa kepada saya, saya sering gembira selama empat tahun saya di sini, dan saya masih lagi gembira. Saya memberitahu kelab seawal mungkin supaya mereka dapat bersedia.

Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi Sepanyol, Real Madrid sejak dua musim lalu dan jendela perpindahan kali ini menyaksikan The Galacticos akhirnya mengemukakan bidaan rasmi bernilai £154 juta (RM889.26 juta) tetapi ditolak mentah-mentah oleh PSG. — Agensi

mbappe, psg, jendela perpindahan, real madrid