TIDAK beraksi lima perlawanan menjadi punca Park Ji-sung meninggalkan Manchester United pada 2012, dedah bekas pemain tengah itu.
Park juga mendedahkan reaksi pengurus kelab ketika itu, Sir Alex Ferguson apabila mengetahui keputusannya itu yang mahu bermain lebih kerap di kelab lain.
Pemain kelahiran Korea Selatan itu mengerah kudrat selama tujuh musim dan berjaya merangkul tiga kali gelaran juara Liga Perdana Inggeris.
Namun apabila dipinggirkan lima perlawanan, Park sedar sudah tiba masanya untuk meninggalkan Old Trafford.
"Pada musim terakhir, saya tidak bermain lima perlawanan sedangkan saya tidak cedera," katanya.
"Kelab mahu saya kekal dan saya bercakap kepada Sir Alex Ferguson tentang hasrat saya meninggalkan kelab.
“Sir Alex Ferguson memahami apa yang saya rasa. Beliau menulis sepucuk surat kepada saya, dan ia masih disimpan.
"Dalam surat itu, beliau mendedahkan cucu lelakinya tidak mahu melihat saya pergi.
"Keputusan ini sangat sukar kerana saya tidak pernah bermain untuk satu-satu kelab selama tujuh tahunm dan ini yang pertama," katanya.
"Semuanya di sini, keluarga, kawan, dan saya berasa selesa. Saya berasa sangat sedih meninggalkan semua ini," katanya.
Park menyertai Queens Park Rangers tetapi meninggalkan kelab itu apabila tersingkir ke liga bawahan.
Kemudiannya, dia kembali ke pangkuan kelab Eropah pertamanya, PSV Eindhoven secara pinjaman selama setahun.
Namun akibat kecederaan lutut, Park terpaksa menggantung but pada usia 33 tahun dengan pencapaian sebagai pemain Asia paling berjaya dalam sejarah. — Agensi