Glazer sekali lagi jual saham Manchester United


  • Podium
  • Rabu, 06 Okt 2021

PARA peminat Man.United melontarkan kemarahan mereka terhadap keluarga Glazer pada Mei lalu. — AFP
SAHAM Manchester United dilaporkan dijual pemilik kelab di Bursa Saham New York (NYSE) pada Selasa.

Memetik laporan Mail Online, sekitar lapan peratus daripada jumlah pegangan saham sebanyak 69 peratus milik keluarga Glazer yang juga pemilik kelab berkenaan dilepaskan.

Jumlah tersebut bernilai 137.12 juta pound (RM780.09 juta).

Penjualan saham itu dibuat atas nama pengarah kelab Kevin Glazer dan Edward Glazer.

Ini bukan kali pertama keluarga Glazer melepaskan pegangan sahamnya dalam kelab tersebut pada tahun ini.

Pada Mac lalu, Avram Glazer menjual pemilikan sahamnya bernilai 70 juta pound (RM398.24 juta) namun Man.United tidak menerima sesen daripada hasil penjualan tersebut.

Keluarga Glazer sering menjadi kecaman para peminat Man.United sejak mereka mengambil alih kelab terbabit pada 2005.

Malah pada April lalu, keluarga Glazer mencetuskan kemarahan peminat Man.United apabila menyokong usaha mewujudkan Liga Super Eropah.

Para peminat Man.United melakukan protes di stadium Old Trafford bagi membantah tindakan keluarga Glazer. — Agensi

Glazer, Manchester United, EPL, saham, NYSE