'Salah lebih hebat daripada Messi, Ronaldo'


  • Podium
  • Selasa, 05 Okt 2021

SALAH telah menjaringkan sembilan gol serta tiga bantuan gol dalam sembilan perlawanan musim ini. — AFP

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah disifatkan sebagai pemain terbaik di dunia ketika ini selepas mempamerkan aksi menakjubkan ketika menentang Manchester City pada Ahad.

Bekas penyerang Blackburn Rovers, Chris Sutton berkata, tahap konsistensi Salah adalah faktor yang menjadikannya pemain terbaik dunia ketika ini.

"Jumlah jaringannya sangat hebat dalam beberapa musim terakhir. Untuk melakukannya di pentas ini (EPL), selama bertahun-tahun, itu menunjukkan betapa hebatnya dia.

"Konsistensi adalah apa yang anda cari dan dia melakukannya musim demi musim di mana pemain lain mempunyai saat jatuh dan Liverpool masih belum memperbaharui kontraknya.

"Pada saat ini, dia lebih baik daripada (Lionel) Messi dan (Cristiano) Ronaldo," kata Sutton kepada Monday Night Club BBC Radio 5 Live.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan sembilan gol serta tiga bantuan gol dalam sembilan perlawanan musim ini.

Setelah menjaringkan gol ke-100 dalam Liga Perdana pada bulan lalu, Salah turut menjaringkan salah satu gol tercantik yang pernah dijaringkannya dalam perlawanan tersebut.

Legenda EPL, Alan Shearer menggambarkan gol tersebut sebagai "salah satu gol terbaik di era Liga Perdana". — Agensi