Lukaku benci taktikal Tuchel


  • Podium
  • Rabu, 06 Okt 2021

LUKAKU (kiri) lebih menyukai menerima hantaran dan menyudahkan peluang di hadapan gawang. — Agensi
PENYERANG Chelsea, Romelu Lukaku mengakui dia tidak suka berperanan sebagai target man dalam pasukan berkenaan.

Jelasnya, dia lebih menyukai peranan sebagai seorang poacher yang menunggu hantaran daripada rakan sepasukan dalam kotak penalti dan menyudahkan peluang diberikan.

"Ramai orang berkata saya merupakan target man yang ditugaskan untuk mengawal dan menghantar bola kepada penyerang lain.

"Namun secara jujurnya, saya benci corak permainan seperti itu

"Saya lebih tajam ketika di depan gawang. Saya tahu kekuatan dan kelebihan saya untuk menyudahkan peluang," kata Lukaku.

Kata-kata Lukaku itu seakan-akan membayangkan dia sukar untuk menyesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel.

Lukaku berhijrah dari Inter Milan ke Chelsea pada jendela perpindahan baru-baru ini dengan nilai 115 juta euro (RM555.92 juta).

Pemain Belgium itu membuktikan ketajamannya di depan gol apabila menyumbat tiga gol dalam tiga perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, pemain itu gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan EPL seterusnya.

Dalam pada itu, bekas pengurus Inter Milan, Antonio Conte menyatakan Chelsea tidak memaksimakan potensi Lukaku sebaik mungkin. — Agensi

Lukaku, Chelsea, EPL, Conte