KIRA-KIRA 450 juta cubaan serangan siber ke atas laman sesawang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo berjaya dihalang pihak berkuasa Jepun.
Memetik laporan agensi berita Kyodo News, percubaan serangan siber dikesan bermula semasa pembukaan Olimpik pada 23 Julai sehingga penutup Paralimpik pada 5 September.
"Hasil perkongsian maklumat dan tindak balas yang diambil pihak-pihak berkaitan, kami dapat mencegah serangan siber tanpa menyebabkan kerosakan," menurut jawatankuasa penganjur dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebuah firma keselamatan internet, Trend Micro berkata, jumlah serangan siber pada temasya tahun ini bagaimanapun berkurangan jika dibandingkan dengan Olimpik Musim Panas London 2012 dan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.
Situasi tersebut kemungkinan disebabkan Sukan Tokyo diadakan tanpa penonton akibat pandemik Covid-19 dan firma itu mendapati 'penggodam tidak dapat menyalahgunakan maklumat tiket dan penonton.'
Temasya Olimpik London menyaksikan jumlah serangan siber tertinggi pernah direkodkan dengan 200 juta serangan menyasarkan laman sesawang rasmi dan serangan ke atas semua organisasi berkaitan dianggarkan sekitar 2.3 bilion.
Manakala ketika penganjuran Sukan Olimpik PyeongChang, kira-kira 600 juta percubaan serangan siber dilaporkan. — Agensi