KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan meletakkan sebarang tekanan kepada para pemainnya menjelang perlawanan persahabatan menentang Jordan di Stadium King Abdullah II, Amman, Jordan pada malam Rabu (11 malam waktu Malaysia).
Namun, beliau mengharapkan agar barisan pemainnya mencatatkan keputusan positif dalam pertemuan berkenaan.
“Untuk perlawanan pertama ini bukan senang lawan dengan Jordan kerana mereka berada pada tahap terbaik. Bulan September mereka dah bermain dua perlawanan persahabatan dan memang kita nampak ada perubahan dengan kehadiran jurulatih baharu dalam skuad tersebut.
"Kita juga tahu dari segi teknik dan fizikal, Jordan ada kelebihan. Sudah tentu setiap kali kalau jumpa pasukan yang berada pada tahap yang lebih tinggi, kita kena bersedia daripada serangan pantas mereka.
“Barisan pemain terutamanya di benteng pertahanan kena sentiasa berwaspada. Kita juga tidak akan bertahan selama 90 minit dan tetap kena menyerang.
“Kita kena bermain seperti mana yang kita main sebelum ini. Bermain menyerang dan bertahan sebagai satu pasukan," katanya pada Selasa.
Berdasarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan, Harimau Malaya hanya mampu seri sekali dalam tiga aksi persahabatan yang diadakan iaitu pada 2009 dengan selebihnya tewas tipis 0-1 pada 2002 serta 2019.
Malaysia yang kini menduduki ranking ke-154 dunia dalam fasa persiapan untuk menghadapi dua kejohanan utama iaitu Piala Suzuki AFF penghujung tahun ini dan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Februari depan. — Sinar Harian