Liverpool mampu benam Man. City


  • Podium
  • Sabtu, 02 Okt 2021

SALAH (kiri) berada dalam prestasi terbaiknya ketika ini. — AP

BEKAS tonggak pertahanan Liverpool, Jamie Carragher percaya kelab itu akan melepasi cabaran Manchester City ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 11.30 malam Ahad waktu Malaysia.

Ujarnya, Liverpool ketika ini memiliki keyakinan yang tinggi selepas membenam Porto 5-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Rabu.

"Guardiola berkemungkinan akan melakukan perubahan pemain selepas melalui dua perlawanan yang mencabar sebelum ini.

"Pemain Liverpool, Mohamed Salah juga berada dalam prestasi terbaik dalam kariernya dan akan memberi kesukaran kepada barisan pertahanan Man.City.

"Andai barisan pertahanan Man.City memberi ruang kepada Salah, dia akan memanfaatkannya.

"Pertahanan mereka cukup luar biasa menerusi gandingan Aymeric Laporte dan Ruben Dias tetapi bola akan terus dihantar kepada Salah kerana Liverpool tidak boleh hidup tanpanya ketika ini," jelas Carragher.

Dalam enam perlawanan EPL setakat ini, Liverpool merupakan satu-satunya pasukan yang belum tewas.

Pasukan berkenaan merekodkan empat kemenangan dan dua seri, sekali gus mendahului kedudukan liga ketika ini dengan 14 mata. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Carragher, Salah, Liverpool, Guardiola, Man City, EPL, UCL