Salah sengaja cari pasal


  • Podium
  • Isnin, 06 Sep 2021

MASA depan Salah di Liverpool mula mengundang tanda tanya apabila dilaporkan menuntut kenaikan gaji yang tidak masuk akal. — Agensi

LIVERPOOL dilaporkan terpaksa membayar gaji Mohamed Salah mencecah £500,000 (RM2.8 juta) seminggu sebagai syarat utama jika mahu penyerang itu terus kekal di Anfield.

Kontrak Salah bersama Liverpool berbaki kurang dua tahun dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp terdesak untuk mengekalkan khidmat pemain kelahiran Mesir itu bersama The Reds.

Pemain berusia 29 tahun itu juga sudah menjadi antara penerima gaji tertinggi di Anfield, selepas cemerlang menjadi antara penjaring terbanyak kelab itu.

Dia menerima £200,000 (RM1.149 juta) seminggu ketika ini dan jika permintaan Salah itu dipenuhi, ia menjadikan pemain dengan gaji yang tertinggi pernah dibayar oleh kelab tersebut.

Beberapa kelab gergasi dunia seperti Real Madrid dan Barcelona juga memantau rapat situasi Salah dan berminat untuk menandatangani pemain itu jika permintaan Salah tidak dipenuhi Liverpool.

Bagaimanapun, Liverpool dilaporkan sedia menawarkan kenaikan gaji kepada Salah, namun berkemungkinan besar tidak akan memberikan jumlah sama seperti yang diminta oleh Salah meskipun sedar situasi itu boleh menyebabkan penyerang itu angkat kaki mencari destinasi baharu selepas ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Salah, Liverpool, gaji, The Reds,