Zinchenko duta pertama UFL


  • eSports
  • Ahad, 26 Sep 2021

UFL bakal ditawarkan untuk platform konsol sahaja. — Agensi

PEMAIN tengah Manchester City, Oleksandr Zinchenko dipilih menjadi duta rasmi pertama permainan video terbitan syarikat Strikerz Inc. iaitu UFL.

UFL merupakan permainan video berasaskan bola sepak dalam talian.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan, pengumuman Zinchenko sebagai duta menandakan permulaan kepada siri kerjasama antara beberapa pemain bola sepak bertaraf dunia.

Selain itu, Strikerz turut berkongsikan model tiga dimensi (3D) Zinchenko.



UCL adalah permainan percuma dan tidak mengetengahkan sebarang unsur pembayaran wang sebenar untuk memperkuatkan pasukan anda seperti dilakukan oleh Electronic Arts untuk mod Ultimate Team (FUT) dalam FIFA.

Permainan video berkenaan dilihat mampu memberikan saingan kepada dua francais bola sepak gergasi, FIFA dan eFootball.

Strikerz sebelum ini mengesahkan bahawa fokus utama mereka kini adalah untuk membangunkan UFL bagi platform PlayStation dan Xbox sahaja.

Setakat ini, tarikh pelancaran UFL belum diumumkan secara rasmi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Zinchenko, UFL, Striker, permainan video