Kad Luqman Hakim kini boleh didapati di FUT Fifa 22


  • eSports
  • Sabtu, 25 Sep 2021

KAD FUT Fifa Luqman Hakim Shamsudin boleh didapati di FUT Fifa 22 yang akan diperkenalkan 1 Oktober ini. — Agensi

BAGI peminat permainan video bola sepak Fifa di negara ini, penantian untuk melihat Fifa Ultimate Team (FUT) pemain muda, Luqman Hakim Shamsudin akan berakhir apabila ia akan diperkenalkan dalam mod FUT Fifa 22.

Fifa 22 akan dilancarkan di pelantar PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan S, Nintendo Switch dan PC pada 1 Oktober ini.

Pemain kelab Belgium, KV Kortrijk yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu boleh dijumpai di Fifa 21 namun namanya tidak ditawarkan sebagai kad pemain di mod FUT Fifa 21.

Mod FUT Fifa membolehkan pemain membina pasukan menggunakan ‘Player Card’ atau kad pemain dan cuba mendapatkan gandingan terbaik melalui gabungan kad dari pelbagai kelab dan negara.

Pemain dapat mengumpul kad pemain dengan membuka pek dan menerima beberapa kad pemain serta kad perks secara rawak.

Pemain juga boleh membeli kad di marketplace dengan format membida kad yang ditawarkan oleh pemain lain. - Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Luqman hakim, fifa, playstation