Sekaiichi kini gapai impian sebagai pengulas sukan


  • eSports
  • Jumaat, 01 Okt 2021

SEKAIICHI memulakan kerjaya sebagai pengulas e-sports pada 2015. — Agensi

JIKA sebelum ini hanya bersandarkan kepada angan-angan, impian pemain permainan esukan seperti COD dan PES, Aiman Roshizam untuk bertugas sebagai pengulas sukan akhirnya terlaksana.

Aiman yang lebih dikenali sebagai Sekaiichi bukanlah nama asing dalam dunia e-sports dan kini bekerja sebagai pengulas di salah satu stesen berbayar Astro Arena.

Mengimbau semula perjalanannya sebagai pengulas, Sekaiichi nyata bermula dari bawah termasuk mengulas acara e-sports Fifa.

Malah Sekaiichi juga pernah menjadi pengulas dan penemu bual untuk peringkat zon pada kejohanan Piala Dunia Kelab eFIFA.

Dengan kemahiran dan pengetahuannya dalam bidang e-sports, ia pasti menjadi nilai tambah kepadanya untuk terus mengembangkan lagi karier dalam bidang ulasan sukan khususnya jika membabitkan permainan video.

Sekaiichi memulakan kerjaya sebagai pengulas e-sports pada tahun 2015 dan segalanya bermula selepas sering menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Sejak itu, beliau berusaha cipta nama dalam dunia e-sports sebagai pemain pro Fifa Online 3, FIFA kasual serta turut mengulas Fifa, PES dan CODM sepenuh masa.

Selain itu, Sekaiichi juga pernah membuat penampilan dalam acara bola sepak dan futsal serta Liga Perdana Futsal Malaysia.

Selain itu, Sekaiichi juga sering stream permainan Fifa di laman Facebook Gaming dan cukup mesra bersama penontonnya. - Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sekaiichi, pengulas sukan, astro arena