PERMAINAN video mudah alih, Free Fire MAX kini tersedia untuk dimuat turun di negara ini menerusi platform Android dan iOS.
Permainan yang dikemaskini daripada versi sebelumnya iaitu Free Fire menawarkan pemain dengan pengalaman yang dipertingkatkan.
Para pemain juga dapat menikmati peta yang lebih realistik dan pengalaman permainan lebih mendalam serta pelbagai ciri baharu.
Antara ciri baharu yang diperkenalkan adalah Craftland.
Craftland merupakan ciri eksklusif permainan berkenaan yang membolehkan pemain membuat peta mereka sendiri menggunakan telefon bimbit dan boleh dikongsi serta dimainkan dengan rakan-rakan.
Pemain boleh memasukkan pelbagai objek, bangunan, struktur, dan hiasan ke peta mereka sendiri untuk merasai pengalaman sosial serta menyeronokkan dengan rakan.
Peta yang lengkap dihasilkan boleh dimainkan oleh pemain Free Fire dan Free Fire MAX.
Melalui kemaskini terbaharu, pemain kini boleh menyukai, melanggan, dan berkongsi peta kegemaran mereka.
Ini membuka ruang bagi pertandingan ruangan khusus yang menarik seperti dilihat dalam acara penstriman Moco Madness diadakan pada awal September lalu.
Permainan tersebut turut menerima penambahbaikan dari aspek audio dan visual seperti animasi pergerakan serta bunyi tembakan.
Malah, animasi asas seperti bergerak pun kini lebih lancar. Terdapat juga animasi khas apabila pemain memakan cendawan atau membuka payung terjun apabila mendarat di Bermuda.
Senjata juga menerima kemas kini baharu. Efek bunyi serta visual sudah dipertingkatkan seperti animasi mengisi peluru serta tembakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram