Otai masih berbisa, usia bukan penghalang Matagi Snipers


  • eSports
  • Selasa, 28 Sep 2021

PARA pemain Matagi Snipers bermain permainan video Fortnite baru-baru ini. — Agensi
HOBI bermain permainan video melangkaui segenap golongan, tidak kira muda atau tua, terutamanya apabila banyak lambakan penawaran permainan video di dunia ketika ini.

Begitu juga kisahnya dengan pasukan e-sukan warga emas pertama di Jepun iaitu Matagi Snipers.

Pasukan itu dibarisi lapan orang pemain berusia antara 66 hingga 73 tahun.

Kesemua mereka dipilih berdasarkan kecekapan dan kehebatan serta bukan berpandukan kepada kekerapan bermain semata-mata.

Menariknya, salah seorang pemain pasukan itu tidak pernah bermain permainan video.

"Sehingga kini, saya tidak pernah bermain permainan video," kata pemain tersebut dikenali sebagai Eba.

Tambah Eba, bermain permainan video baik untuk koordinasi mata dan membolehkan dia berkomunikasi tentang strategi bersama rakan sepasukan.

Matagi Snipers yang berpangkalan di Akita, Jepun itu berhasrat mahu memasuki pertandingan dan memenanginya.

Selain itu, pasukan berkenaan akan memulakan penstriman di laman Twitch pada Oktober. — Kotaku