Lapan permainan video popular era kafe siber


  • eSports
  • Rabu, 29 Sep 2021

ANTARA permainan video yang cukup sinonim dimainkan di kafe siber.

SUATU ketika dulu, kafe siber menjadi satu perniagaan yang menguntungkan terutamanya bagi premis yang menawarkan permainan video.

Kafe siber menjadi lokasi wajib bagi penggemar permainan video dan sanggup ‘melabur’ sejumlah wang hanya untuk bermain ‘game’.

Mengimbau semula, kafe siber dulu-dulu sarat dengan mikrofon, ‘headphone’ dan ada juga sesetengah butang pada papa kekunci hilang atau pun rosak kerana keghairahan pemain.

Jika diingatkan semula, pasti ada yang tersenyum seorang diri mengenangkan memori indah bermain bersama rakan-rakan.

Tetapi permainan apakah yang popular dan sinonim dengan kafe siber?

Berikut lapan permainan yang sering dimainkan penggemar permainan video di kafe siber.

1. Counter Strike – Source

Kerana permainan inilah juga ada ramai pelajar sekolah pada awal 20-an ‘hilang’ dari sekolah semata-mata ingin ke kafe siber.

Paling tidak boleh dilupakan apabila semua orang membuatkan monitor mereka sedikit senget supaya kawan anda tidak dapat melihat skrin anda.

2. Half Life 2 Mod Deathmatch

Permainan ini seakan menjadi pilihan alternatif sekiranya ada dikalangan pemain bosan dengan Counter Strike.

Keseronokan apabila berjaya menekan butang nuklear untuk mengalahkan semua pihak lawan sangat memuaskan.

3. Mission Againts Terror (M.A.T)

Permainan FPS dari Suba Games ini dikeluarkan pada tahun 2010 dan apa yang menjadi tarikan orang ramai adalah Clan Wars dan berlawan dengan AI.

PVE dalam M.A.T yang menjadi antara tarikan utama permainan video ini.

4. Ragnarok Online

Sudah pasti ini juga antara permainan yang popular dan pernah menjadi fenomena.

Apa yang lebih menakjubkan francais Ragnarok masih lagi dimainkan secara meluas sehingga sekarang namun kini banyak dimainkan di peranti pintar.

5. Highstreet 5

Ini juga pernah menjadi satu fenomena permainan video musik di Malaysia.

Permainan video sosial dan musik ini menjadi antara penyebab ramai orang sanggup mengumpul duit semata-mata untuk mencantikkan karakter masing-masing.

6. DotA Allstars

Ia adalah satu permainan video wajib dari mod Warcraft III yang ramai orang main.

Ketika ini setiap orang mempunyai akaun Garena untuk bermain Dota dan dengan jumlah hero yang ada, siapa sahaja pasti akan cuba DotA Allstars ketika itu.

7. BlackShot

BlackShot adalah MMOFPS yang begitu pantas cara bermainnya dan mempunyai banyak Mercenaris dan loadout yang penuh dengan fungsi kustom.

Jika anda tidak main M.A.T, maka BlackShot akan menjadi pilihan anda.

8. Gunbound

Gunbound walaupun nampak mudah tetapi antara permainan video strategi menembak yang lebih mendalam dari bermain Worms Armageddon.

Dikeluarkan oleh Softnyx, Gunbound menjadi antara permainan video strategi yang diminati ramai dan jika anda rindukan Gunbound, terdapat versi GunboundM yang boleh dimain di iOS dan Android. – mygameon

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

BlackShot, Counter Strike, DotA Allstars