
MASA kini, permainan video bukan saja sinonim dalam kalangan kanak-kanak serta remaja, bahkan ia juga popular untuk golongan dewasa bagi menghilangkan stres dan mengisi masa terluang.
Biarpun ada permainan video yang boleh diperoleh secara percuma di aplikasi telefon pintar, terdapat juga beberapa permainan video yang dikenakan caj tambahan khususnya permainan video premium.
Senario ini pastinya membimbangkan ibu bapa terutamanya jika terlepas pandang dengan tindakan anak-anak yang memuat turun permainan video sesuka hati.
Jangan khuatir, berikut antara tips yang mungkin boleh dijadikan rujukan ibu bapa bagi mengatasi masalah itu.
- Elakkan menyimpan segala data bank atau pun kad kredit di dalam telefon pintar anak-anak.
- Nyahaktifkan In-app purchases dan boleh gunakan pelindungan kata kunci.
- Gunakan kad pra bayar sebagai kaedah pembayaran dan dengan cara ini setiap bayaran dapat membantu ibu bapa mengenalpasti perbelanjaan.
- Gunakan platform yang menawarkan sistem perlindungan bagi membolehkan ibu bapa membuat akaun khas untuk anak-anak. - The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram