eSports, industri yang makin diterima masyarakat


  • eSports
  • Ahad, 29 Ogos 2021

PUBG menjadi salah satu permainan yang cukup digemari oleh rakyat Malaysia. — Agensi

PERMAINAN secara atas talian atau pun yang lebih dikenali sebagai esports bukan lagi sesuatu yang baharu di Malaysia.

Apa yang membezakan eSports dengan sukan sebenar hanyalah lebih kepada jaringan internet dan peralatan yang akan digunakan, sama ada untuk bermain atau pun menonton perlawanan.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis permainan yang cukup popular dalam kalangan penggemarnya seperti Counter-Strike, Mobile Legends, PUBG, Call of Duty, League of Legends, dan Overwatch.

Bukan sekadar menyeronokkan, tetapi eSports juga menawarkan hadiah lumayan dan populariti jika benar-benar berkecimpung dalam industri ini sebagai pemain profesional.

Walaupun lebih kepada atas talian, ianya sesuatu permainan kompetitif mirip dengan sukan fizikal seperti tenis, badminton mahu pun sukan-sukan lain.

Secara umumnya, eSports mula mendapat pengiktirafan dan lahirnya ramai atlet profesional berbakat hingga mampu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Sudah banyak kemajuan yang dapat dilihat dan tidak hairanlah kerajaan pernah memperuntukan RM10 juta untuk industri ini dalam Bajet 2019 dan bertambah kepada RM20 juta pada 2020.

Persatuan Teknologi Nasional Malaysia (PIKOM) berkata, mereka menyenaraikan atlet eSports ke program Majlis Sukan Negara (MSN) dan dengan latihan sistematik serta pengetahuan supaya dapat mewakili di peringkat antarabangsa.

Sukan SEA 2019 menyaksikan lima pingat ditawarkan kepada atlet bertanding membabitkan lima jenis permainan, Tekken 7, Mobile Legends-Bang Bang, Arena of Valor, Starcraft II dan DOTA 2.

Berikut adalah jenis permainan yang cukup popular dalam kalangan penggemar eSports di Malaysia.

DOTA

DOTA 2 adalah permainan yang paling popular di Malaysia. Permainan ini dimainkan oleh pemain profesional yang terdiri daripada 36 skuad.

Ianya berasaskan permainan tempur yang dibangunkan oleh Valve Corporation.

Arena of Valor

Sebelum ini dikenali sebagai Realm of Valor, kemudiannya Strike of Kings. Ianya diadaptasi daripada Wangzhe Rongyao.

Ianya juga adalah permainan atas talian yang dicipta oleh TiMi Studios.

Mobile Legends

Cukup terkenal di peringkat Asia Tenggara dan ia juga adalah salah satu daripada permainan yang digemari di Malaysia.

Permainan ini turut dipertandingan di Sukan SEA 2019.

StarCraft II

Permainan ini lebih kepada sains fiksyen dan mula dilancarkan pada Julai 2010.

Menerusi permainan ini, pengguna didedahkan dengan pengalaman peperangan antara galaksi.

Tekken 7

Mekanisme permainan ini agak berbeza berbanding permainan tempur lain.

Salah satu alasan kenapa Tekken 7 sering dimainkan adalah kerana gabungan dan pergerakan yang lancar.

PUBG

Satu lagi permainan yang mendapat sambutan di Malaysia. Di negara ini, permainan yang dibangunkan oleh Tencent Games itu lebih dikenali dengan sebutan ‘pubgee’.

Ianya boleh dimainkan menerusi telefon bimbit atau komputer. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pubg, mobile legends, esports