Messi tetap dijual Barcelona waima tanpa kehadiran Griezmann


  • Podium
  • Rabu, 08 Sep 2021

Laporta berkata dia agak pelik melihat Messi bermain untuk pasukan lain apatah lagi sebagai pesaing — Getty Images

LIONEL Messi berkemungkinan tidak dapat dikekalkan di Barcelona meskipun perpindahan Antoine Griezmann ke Atletico Madrid dilakukan lebih awal, kata Presiden Barcelona, Joan Laporta.

Menurutnya, keputusan yang telah dibuat tidak boleh lagi diubah walaupun dengan perpindahan pemain dan pemotongan gaji pemain yang lain.

"Ada data objektif. Semua orang boleh membandingkannya. Kami didesak untuk menandatangani pinjaman CVC (Capital Partners).

"Ada pra-perjanjian dengan Messi dan kami berjabat tangan. Ada beberapa perjanjian dan La Liga seperti bersetuju pada mulanya, tetapi kemudian mereka mengatakan tidak tanpa CVC. Kami lihat keadaan tidak akan menjadi lebih baik, jadi kami buat keputusan untuk hentikannya.

"Messi tidak akan dapat dipertahankan walaupun dengan pemergian Griezmann dan dengan pengurangan gaji pemain lain.

"Saya rasa kami berdua sedih kerana situasinya tidak seperti yang kami mahukan. Sejak itu saya tidak bercakap dengan Messi.

"Saya melihat penampilannya bersama PSG dan pelik melihatnya bersama pasukan lain apatah lagi sebagai pesaing. Saya tidak suka melihatnya memakai baju lain," kata Laporta. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Barcelona, Messi, Joan Laporta, Griezmann