5 perkara tumpuan Ronaldo turun berlatih


  • Podium
  • Rabu, 08 Sep 2021

CRISTIANO Ronaldo kembali menjalani latihan bersama skuad Manchester United. — Twitter

CRISTIANO Ronaldo menyertai sesi latihan Manchester United buat kali pertama sejak meninggalkan kelab itu pada 2009.

Kemunculan semua Ronaldo di padang latihan pasukan penuh dengan keyakinan selepas menyumbangkan dua gol pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Ireland, minggu lalu.

Ronaldo menghabiskan masa berbual dengan rakan lamanya dan juga rakan sepasukan baru.

Bintang Portugal itu juga kini memburu peluang membuktikan kemampuan kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk diturunkan menentang Newcastle United, Sabtu ini.

Berikut lima perkara yang menarik ketika sesi latihan United yang turut disertai Ronaldo.

1. Kembali dengan bola di kaki

Sejak kembali daripada tugasan bersama skuad kebangsaan, Ronaldi sudah pun melalui kuarantin selama lima hari dan pastinya menghadirkan rasa lega dapat sertai latihan pasukan.

Ronaldo yang meledak dua gol menentang Ireland dilihat cukup tajam dan penuh keazaman sepanjang latihan sulungnya bersama United.

2. Dulu belajar, kini jaguh

Ronaldo menghabiskan tempoh enam tahun untuk mengasah bakatnya di bawah kendalian Sir Alex Fergusin sejak tiba di United sebagai pemain remaja pada 2003.

Dulunya, dia pemain sayap muda yang hanya dididik oleh pemain senior tetapi kini kelibatnya dapat perhatian pemain junior selepas dilihat sedang ‘bekerja’ bersama pemain 17 tahun, Joe Hugill dan Hannibal Mejbri, 18 tahun.

3. Kembali bersama rakan lama

Ronaldo juga dilihat berbual dengan Mike Phelan ketika sesi latihan. Phelan merupakan salah seorang individu yang cukup baik sepanjang Ronaldo mula-mula bermain di United.

Phelan pernah berkhidmat sebagai ‘orang kanan’ Alex Ferguson dan bekerja bersama Ronaldo pada musim 2008/09 ketika Red Devil memenangi Liga Perdana Inggeris.

Ronaldo juga dilihat menemui bekas rakan sepasukannya, Darren Fletcher, yang kini bertugas sebagai Pengarah Teknikal.

4. Membina persahabatan baharu

Selain berbual dengan individu yang sudah dikenalinya, Ronaldo juga dilihat selesa dan ketawa bersama pemain tengah, Fred.

4. Keputusan terpenting

Adakah Ronaldo akan bermain ketika menentang Newcastle United? Setiap penyokong pasti tertanya-tanya tetapi jawapannya hanya ada pada Solskjaer.

Kapten Portugal itu cukup cergas dan bersedia untuk melakukan penampilan penuh emosinya di Old Trafford. - Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram