Ronaldo mimpi ngeri buat Van de Beek


  • Podium
  • Selasa, 07 Sep 2021

VAN de Beek sekali lagi dijangka tiada dalam perancangan Solksjaer musim ini.— Agensi

KEHADIRAN Cristiano Ronaldo ke Old Trafford disifatkan sebagai igauan ngeri terhadap pemain tengah Manchester United, Donny Van de Beek.

Kebimbangan itu suarakan ejen pemain antrabangsa Belanda itu, Guidol Albers yang menyatakan bahawa Van de Beek akan terus mengalami kesukaran untuk mendapatkan minit permainan di Old Trafford musim ini.

Jelasnya, pemain itu turut diketepikan oleh pengendali Man.United, Ole Gunnar Solskjaer musim lalu.

"Kehadiran Cristiano kita tahu akan menjadi berita buruk kepada kami. Paul Pogba bermain di sebelah kiri dan dengan adanya Cristiano ia bermakna akan ada seorang lagi pemain akan ditolak ke bahagian tengah.

"Pogba pula akan bertukar posisi daripada bahagian kiri," katanya.

Tambah Albers lagi, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Solskjaer dan pihak pengurusan serta melakukan inisiatif sendiri mencari kelab lain.

Hurainya lagi, dia telah berbincang dengan Everton pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

"Sebelum jendela perpindahan ditutup, kami mendapat panggilan daripada Solskjaer yang pihak kelab tidak bercadang untuk menjualnya dan dia perlu melaporkan diri dalam sesi latihan.

"Perbincangan dengan Solskjaer pada kali ini lebih jelas dan saya yakin Donny akan mendapat peluangnya. Dia juga bekerja keras pada musim panas dan hanya bercuti selama tujuh hari sebelum berlatih untuk memastikan dia kekal cergas," ujarnya.

Van de Beek bermain di posisi sama dengan bintang United, Bruno Fernandes yang menyebabkan dia sering dipinggirkan daripada kesebelasan utama.

Pemain berusia 24 tahun itu juga mampu bermain di posisi menyerang namun kehadiran Ronaldo dan Jadon Sancho akan terus menyaksikan dia kekal tidak menjadi pilihan Solskjaer.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Van de Beek, Ronaldo, Manchester United