Pele selamat jalani pembedahan kanser


  • Podium
  • Selasa, 07 Sep 2021

PELE terpaksa menjalani pembedahan selepas doktor mengesan ketumbuhan pada ususnya minggu lalu. — AP

LAGENDA bola sepak dunia, Pele dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil selepas menjalani pembedahan kanser pada Sabtu lalu.

Tahap kesihatan Pele menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat bola sepak selepas dia dimasukkan ke hospital pada minggu lalu.

Pengurus Pele, Joe Fraga kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa Pele tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius.

Namun, beberapa laporan menyebut Pele menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada ususnya.

Pele kemudiannya mengesahkan tahap kesihatannya adalah baik menerusi Instagram.

"Rakan-rakan saya, terima kasih banyak atas mesej yang baik. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana berada dalam keadaan yang baik dan kerana mengizinkan Dr. Fabio serta Dr. Miguel untuk merawat saya.

"Ketumbuhan ini dikesan sewaktu saya menjalani pemeriksaan kesihatan minggu lalu," katanya.

Pada 2019, Pele turut menjalani satu lagi pembedahan membuang batu karang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Pele, kanser, pembedahan, usus, Instagram