
PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan menolak tawaran terkini Real Madrid bernilai €170+10 juta (RM833.8 juta + RM49 juta) untuk mendapatkan khidmat Kylian Mbappe, lapor portal Marca.
Berbaki 36 jam saja lagi sebelum jendela perpindahan pemain ditutup, laporan sama turut menyebut kedua-dua pasukan hampir pasti tidak akan mencapai sepakat.
Bagaimanapun, nilai itu sebenarnya adalah tawaran terbaharu dibuat Real Madrid selepas hanya menawarkan €160 juta (RM784.7 juta) pada bidaan terdahulu.
Namun PSG kekal berpendirian teguh enggan melayan sebarang tawaran dibuat mana-mana kelab termasuk Real untuk mendapatkan Mbappe.
Kini, kelab Perancis itu merasakan nilai €180 juta (RM882.8 juta) pun masih belum cukup untuk mana-mana pasukan yang ingin dapatkan khidmat Mbappe.
Kontrak Mbappe hanya berbaki 10 bulan lagi.
Bagaimanapun, Real Madrid dilaporkan akan terus berusaha untuk cuba mendapatkan tandatangan Mbappe pada musim panas kali ini.
Andai kata kekal dengan keputusan untuk mengekalkan Mbappe, PSG juga dilaporkan akan cuba untuk melanjutkan kontraknya.
Sekiranya lanjutan kontrak terlaksana, ia mungkin akan mengakhiri terus usaha Real Madrid bagi mendapatkan khidmat Mbappe secara percuma musim depan. – Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram