Azizulhasni terkesima lihat koleksi basikal Siti Nurhaliza dan Datuk K


  • Podium
  • Isnin, 06 Sep 2021

AZIZULHASNI ketika berkunjung ke kediaman Siti Nurhaliza. — Instagram/Azizulhasni

MINAT mendalam penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terhadap sukan berbasikal membuatkan Datuk Mohd Azizulhasni Awang terkesima.

Mengakui terkejut dengan perkara itu, jaguh berbasikal trek negara itu berkata, kedua-duanya sangat aktif berkayuh dan pernah memasuki pertandingan berbasikal.

"Tapi saya sangat terkesima melihat koleksi-koleksi basikal mereka. Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat. Masa berada di galeri itu, saya tengok satu per satu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum," tulis pelumba sensasi negara tersebut di Instagramnya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 tersebut sebelum itu menerima pelawaan Siti Nurhaliza dan Khalid ke kediaman mereka.

Azizulhasni yang mesra dengan panggilan Jijoe semasa kunjungan itu juga sempat menjamu selera bersama pasangan tersebut.

"Saya baru tahu, Dato CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga. Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Dato CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Dato CT memang terbaik. Saya makan tu sampai menyanyi lagu PERCAYALAAHHHH.

""Terima kasih kepada Dato K dan Dato CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan karier saya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah. Didoakan agar dimurahkan rezeki dan dirahmati ALLAH selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya," ujarnya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Jijoe, Siti Nurhaliza, basikal