KEJAYAAN merangkul emas buat kontinjen negara dalam acara badminton di temasya Paralimpik seakan mimpi jadi kenyataan buat Cheah Liek Hou.
Pada aksi di Stadium Nasinal Yoyogi itu, Liek Hou menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi of Indonesia straight set, 21-17, 21-15 hanya dalam tempoh 50 minit.
Kemenangan itu meneruskan rekod tanpa kalah Like Hou dalam 35 perlawanan sejak Oktober 2019.
Selain pingat kejuaraan dunia dan emas Paralimpik, Like Hou juga sebelum ini pernah meraih beberapa kejayaan buat Malaysia termasuk di Sukan Para Asia dan Sukan Para Asean.
Ini kali pertama badminton dipertandingkan di Paralimpik dan kejayaan ini adalah pingat emas kedua buat kontinjen negara selepas Bonnie Bunyau Gustin mengunguli acara powerlifting. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram