Guardiola ditimpa masalah lepas gagal dapatkan Kane


  • Podium
  • Jumaat, 03 Sep 2021

PEP bakal berdepan masalah besar selepas gagal dapatkan khidmat Kane

USAHA Manchester City untuk membawa masuk Harry Kane menemui kegagalan hingga memaksa kelab itu berdepan krisis kekurangan penyerang senior.

Sebelum ini, pengurus City, Pep Guardiola meletakkan keutamaanya terhadap Kane namun usahanya itu menemui kekecewaan.

Ketika ini, Gabriel Jesus menjadi satu-satunya penyerang senior dimiliki City yang kini kekurangan pemain di posisi itu.

Bagaimanapun City dilaporkan menyenaraikan lima pemain utamanya sebagai proses ‘pertukaran’ ketika usaha mendapatkan Kane.

Dikatakan Gabriel Jesus, Bernardo Silva, Raheem Sterling, Aymeric Laporte dan Riyad Mahrez disenaraikan untuk berhijrah ke Tottenham Hotspur untuk mempercepatkan usaha mendapatkan khidmat Kane.

Kesemua pemain itu adalah watak penting buat City namun kini seakan sedar yang mereka hanya akan dipergunakan untuk sistem ‘barter’ kelab itu.

Risikonya, kelima-lima pemain itu mungkin akan rasa tidak dihargai dan sedia untuk keluar daripada kelab. - Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Man city, Harry Kane, Spurs