SERING kali kita dapat melihat setiap pemenang sesuatu pertandingan menggigit pingat yang dimenanginya.
Boleh dikatakan semua individu yang berjaya berada di podium pasti akan melakukan tindakan sama dan ia dapat dilihat di seluruh dunia.
Situasi ini juga boleh dilihat pada temasya Sukan Olimpik Tokyo yang baru berakhir, membabitkan pemenang dalam pelbagai acara.
Ia seakan sudah sinonim dengan majlis penyampaian pingat tetapi pernahkah anda terfikir kenapa gaya itu harus dipraktikkan dan bukannya dengan cara lain?
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Olimpik, David Wallechinsky berkata ia berkemungkinan sekadar memuaskan hati pihak media.
“Ia menjadi obsesi kepada jurugambar,” kata Wallechinsky yang juga pengarang bersama buku "The Complete Book of the Olympics”.
“Saya fikir mereka mencari rakaman terbaik yang membolehkan hasil yang diperoleh mampu ‘dijual’. Saya tidak fikir ia sesuatu yang ingin dilakukan oleh atlet itu sendiri.”
Walaupun sudah berlaku di Sukan Olimpik Tokyo, pihak penganjur sudah pun mengingatkan kepada semua peserta yang pingat yang dimenangi adalah bukan untuk digigit.“Kamu hanya mahu sahkan yang pingat #Tokyo2020 tidak boleh digigit. Pingat ini diperbuat daripada bahan kitar semula daripada peralatan elektronik yang disumbangkan oleh rakyat Jepun.
“Jadi kamu tidak perlu gigit pingat berkenaan. Tetapi kami tahu ianya masih lagi berlaku,” katanya. – AGENSI