POLIS pada Isnin memusnahkan sebutir bom era Perang Dunia Kedua yang ditemukan di tapak pembinaan Taman Impiana Beaufort, Jalan Taman Wawasan, Sabah.
Bom itu ditemukan seorang pekerja tapak binaan di kawasan berkenaan pada pukul 5 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, bom berukuran tiga kaki panjang (0.91 meter) dan ukuran lilit tiga kaki itu dianggarkan seberat kira-kira 500 paun (kira-kira 227 kilogram), dengan anggaran jarak bahaya letupan yang mampu mencecah sehingga 500 meter.
"Bom tersebut dipercayai merupakan bom dari jenis jatuh udara (air drop) yang digugurkan oleh Tentera British menggunakan pesawat udara, namun tidak meletup,” katanya.
Katanya sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap infrastruktur awam, bom dipindahkan di kawasan jauh daripada tapak pembinaan.
Beliau berkata, proses meletupkan bom dijalankan pada Isnin bermula jam 8 pagi. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram