TAHAP kesedaran orang ramai di negara ini terhadap jenayah rasuah dilihat masih rendah terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohamed Arshad Raji.
"Saya rasa sedih bila tengok media lain melaporkan, siapalah hari-hari yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?
"Kaum apa? Orang Melayu yang ditangkap. Mereka tiada agama ke? Kaum kita ini mudah sangat terpengaruh dengan rasuah," tegasnya.
Tambah Mohamed Arshad, kerajaan perlu melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah seperti yang diamalkan di China.
Jelasnya, masyarakat ketika ini memandang mudah soal pengambilan rasuah.
"Hari-hari kita dengar orang kena tangkap akibat kesalahan rasuah.
"Baru-baru ini kes rasuah RM20,000 tetapi lawan di mahkamah kena bayar RM10,000, untung lagi RM10,000 pesalah itu," kata beliau. — AGENSI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram