Ronaldo menghitung hari menuju ke Manchester City


  • Podium
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

PERPINDAHAN Ronaldo ke Man.City dijangka dimuktamadkan hari ini. —Agensi

CRISTIANO Ronaldo dikhabarkan hanya menunggu masa sebelum melengkapkan perpindahan mega ke Manchester City.

Ia berikutan ejen pemain terbabit, Jorge Mendes, dan pegawai kelab tersebut kini sudah tiba di Stadium Etihad bagi membincangkan secara serius berhubung perkara itu.

Perpindahan itu dijangka dimuktamadkan hari ini, namun Ronaldo dilaporkan tidak akan sempat diturunkan pengendali The Citizens, Pep Guardiola ketika melayan kunjungan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates malam esok.

Ramai menjangkakan bahawa prospek bayaran perpindahan mungkin menjadi subjek utama dalam rundingan, namun wartawan Gianluca Di Marzio mendakwa Manchester City akan mengemukakan tawaran sebanyak € 30 juta (RM172 juta) kepada Juventus hari ini dan tawaran itu akan diterima Juventus.

Ronaldo yang mencetak 31 gol dalam 33 penampilan Serie A musim lalu menyertai Juventus pada 2018 dengan bayaran € 112 juta (RM642 juta).

Dia begitupun telah memberitahu pengurus Juventus, Massimiliano Allegri bahawa hatinya tiada lagi bersama kelab Itali itu lagi.

Sekiranya Manchester City melengkapkan tandatangan pemain berusia 36 tahun itu, tumpuan peminat bola sepak pastinya terarah kepada pertembungan antara Ronaldo dan bintang baharu PSG, Lionel Messi, setelah setelah kedua-dua pasukan itu diundi dalam kumpulan yang sama dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL). —Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ronaldo, Juventus, Manchester City