ATLET renang paralimpik remaja negara, Brenda Anellia Larry yang turun beraksi dalam final acara 50 meter (m) kuak dada kategori S5 wanita temasya Sukan Olimpik Paralimpik Tokyo 2020, berjaya memecahkan rekod catatan masa peribadinya pada saringan kedua acara tersebut hari ini.
Perenang berusia 16 tahun yang berasal dari Sabah itu bagaimanapun gagal menempatkan diri ke pentas final apabila hanya berada di kedudukan keenam dengan catatan masa 1:06.2 saat.
Catatan tersebut mengatasi catatan 1:09.72 saat yang dicatatkannya ketika menyertai Kejohanan Siri Dunia di Singapura pada tahun 2019.
Sementara itu seorang lagi atlet renang para negara, Jamery Siga,36 turut gagal layak ke final menamatkan saringan ketiga pada kedudukan keenam pagi tadi.
Atlet kelahiran Limbang, Sarawak itu menamatkan acara saringan tersebut dengan catatan masa 40.32 saat.
Hanya lapan atlet terbaik layak beraksi ke final acara berkenaan pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram