APABILA bergelar atlet, perhatian dan tumpuan lensa kamera tidak hanya diraih ketika memenangi sesuatu pertandingan.
Kelebihan rupa paras yang tampan mahu pun cantik juga seakan menjadi magnet buat seluruh mata yang memerhati.
Itu juga yang dialami pemain bola tampar Turki, Zehra Gunes yang jelas berjaya menarik perhatian peminat sukan seluruh dunia.
Walaupun Sukan Olimpik tidak membenarkan kehadiran penonton ke venue, ia bukan masalah kerana peminat terhadap temasya terbesar dunia itu sentiasa ada.
Masih ada penyokong yang sempat perasan kelibat Gunes terutamanya menerusi siaran langsung di televisyen.
Rupa paras, muda, berbakat, pandai bergaya dan memiliki ketinggian 1.97 meter nyata menjadi pelengkap rasa untuk peminat menghalakan tumpuan terhadap penampilan Gunes.
Tidak hairanlah jika sebelum ini Gunes pernah disenaraikan sebagai salah seorang pemain bola tampar tercantik dunia.
Tidak keterlaluan jika ada yang mula menggelarkan Gunes sebagai ratu cantik hingga setiap jurugambar tidak mahu melepaskan peluang merakam gambar aksinya.
Daripada prestasinya, Gunes adalah pemain yang cukup berkualiti dan pernah membantu kelabnya di Turki, VakiBank Sports muncul naib juara Piala Super Turki. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram