SEHINGGA hari ini, lagu Bintang nyanyian Budak Kacamata yang dihasilkan pada 2002 masih asyik didengari, termasuk dalam kalangan pendengar muda.
Bait-bait lirik yang mudah difahami serta irama muzik diguna pakai menjadikan lagu itu tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan dengan siaran radio tempatan kerap memainkannya ke udara.
Tidak cukup dengan itu, kemerduan vokalis, Zack atau nama sebenarnya Zulkifli Saadan dalam lagu tersebut membuatkannya terus asyik untuk diputarkan.
BACA LAGI: Dulu bulan kini matahari, karya seni artis UK 'sinari' Muzium Budaya Borneo
BACA LAGI: Daya emosi dan atmosfera seni, karya artis terkenal 6 negara dipamerkan di KL

Zack tidaklah begitu dikenali dalam arus media tanah air.
Meskipun tidaklah begitu dikenali di arus media perdana, penyanyi yang kini berusia 47 tahun itu mempunyai sisi gurauan yang mungkin kurang diketahui ramai.
Ini termasuk apabila baru-baru ini, artis yang terkenal sekitar 1990-an itu sempat berseloroh menerusi satu rakaman pendek di laman Facebook peribadinya.
Dalam hantaran itu, Zack sedang bersama-sama seseorang dipercayai kenalannya sebelum dia secara tiba-tiba memperkenalkannya sebagai penyanyi sebenar lagu Bintang.
Usikan berkenaan membuatkan individu tersebut sedikit terkejut sebelum kedua-duanya bergelak tawa, membuktikan sisi gurauan Zack yang kurang diketahui ramai.
Video pendek itu kemudian menerima tontonan puluhan ribu pengguna Facebook dengan rata-rata daripada mereka terhibur melihat usikan artis tempatan berkenaan.
Meskipun kini tidak lagi popular di kaca televisyen dan media, Zack masih dikenali ramai, terutamanya selepas lagu dendangannya itu kembali tular dan diputarkan.
Malah, disebabkan hasil seninya itu tular, dia berkesempatan menjadi tetamu undangan di stesen radio untuk mengupas beberapa topik, termasuk lagu Bintang serta kariernya.
Tidak cukup dengan itu, perkongsian di laman Facebook peribadinya turut memaparkannya pernah diundang ke SK Seri Murni di Batu Caves, Selangor untuk menendangkan lagu berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
