Teknik interval Jepun kini 'rahsia' baharu, bantu tingkat mood, kecergasan, 3 jalan perlahan, 3 minit jalan pantas


  • Sihat
  • Khamis, 29 Mei 2025

Teknik IWT semakin mencuri perhatian sebagai kaedah senaman yang lebih berkesan dan berstruktur.

SELAMA ini, ramai mencuba teknik berjalan 10,000 langkah sehari yang dianggap cara mudah untuk menuju ke arah hidup sihat. 

Namun, kini, satu teknik berjalan kaki dari Jepun yang dikenali sebagai Interval Walking Training (IWT) semakin mencuri perhatian sebagai kaedah senaman yang lebih berkesan dan berstruktur.

Latihan itu menggabungkan tiga minit berjalan perlahan diikuti tiga minit berjalan pantas yang diulang selama 30 minit. 

BACA LAGI: Elak bayi kena komplikasi batuk kokol, KKM tawar vaksin Tdap percuma buat wanita hamil

BACA LAGI: Tak sangka pencinta buku fizikal ada 7 tabiat unik, jarang dimiliki orang lain terutama 'point' nombor 2

Ia bukan sekadar berjalan tetapi satu bentuk senaman ritma yang direka khas untuk mencabar sistem kardiovaskular secara progresif.

Pakar gastroenterologi terkenal, Dr. Saurabh Sethi menyifatkan teknik itu sebagai satu penemuan Jepun yang lebih bermanfaat daripada 10,000 langkah.

“Berjalan pantas seolah-olah anda tergesa-gesa ke mesyuarat penting, kemudian perlahan untuk pulih,” katanya.

Menurut beliau, berbanding sekadar mengejar angka langkah, teknik IWT terbukti mampu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko strok, memperbaiki mood dan kualiti tidur serta menguatkan sistem imun badan.

Malah, kajian menunjukkan kaedah berjalan itu berpotensi meningkatkan kecergasan kardiovaskular secara ketara sehingga menjadikannya alternatif senaman harian yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia.

Teknik itu dilihat seiring dengan budaya masyarakat Jepun yang terkenal dengan jangka hayat panjang dan tahap kesihatan yang tinggi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram