
JENAMA jam tangan mewah Switzerland, Longines sekali lagi mengukuhkan reputasi melalui pelancaran model terbaharu dalam koleksi Conquest.
Ia kini hadir dalam empat saiz berbeza dari 30 milimeter (mm) hingga 41 mm menjadikannya sesuai untuk semua golongan tidak kira lelaki ataupun wanita.
Direka khas untuk kegunaan harian, koleksi ini menampilkan gabungan gaya sporty dan elegan yang menjadi identiti Conquest sejak mula diperkenalkan pada 1954.
BACA LAGI: Desakan keluarga suruh cepat berumahtangga, aplikasi cari pasangan jadi pilihan golongan muda
Antara keluaran terbaharu Longines bagi koleksi Conquest. — Longines
Model 30mm yang elegan diperbuat daripada keluli tahan karat dan emas dengan sentuhan mewah pada bezel dan mahkota rose gold 18 karat.
Ia ditawarkan dalam empat pilihan paparan menarik iaitu perak, hijau, biru dan putih mutiara dengan indeks berlian.
Untuk saiz 34mm model putih mutiara turut ditawarkan.
Bagi mereka yang menggemari jam tangan lebih besar, Longines menawarkan model 38mm dan 41mm bertali getah berwarna hijau, biru atau hitam.
Tali itu direka dengan logo ikonik Longines dan kancing keselamatan berganda boleh laras.
Saiz 41mm juga hadir dengan pilihan gelang keluli dan indeks berlian memberikan sentuhan mewah yang lebih menonjol.
Semua jam dalam koleksi tersebut menggunakan pergerakan automatik Longines yang dilengkapi komponen antimagnetik dan spring silikon serta menawarkan ketahanan 10 kali ganda terhadap medan magnet berbanding standard biasa.
Koleksi baharu itu bukan sahaja menepati cita rasa peminat jam daripada pelbagai peringkat umur, malah membuktikan bahawa elegan itu merupakan satu sikap, seiring dengan falsafah Longines elegance is an attitude. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram