Brunei catat penurunan kadar kematian ibu, terus kawal kencing manis dan obesiti daripada meningkat


  • Primer
  • Isnin, 14 Apr 2025

Kadar terkini bagi tahun 2023 ialah 15.9 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran, bersamaan dengan satu kematian setahun. —  Gambar hiasan/Freepik

BRUNEI berjaya mencatatkan penurunan ketara dalam kadar kematian golongan ibu dalam tempoh dua dekad lalu, kata Menteri Kesihatan negara itu,.

Menterinya, Mohd Isham Jaafar berkata, kadar kematian ibu di Brunei bagi tempoh 2018 hingga 2023 adalah antara 0 hingga 32.4 bagi setiap 100,000 kelahiran iaitu bersamaan dengan sekitar sifar hingga dua kematian setahun.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sejuk perut ibu mengandung', warganet puji anak kecil bijak berselawat, sifatkan ibu bapa lain wajar contohi

BACA LAGI: Menopaus, dimensia, wanita seawal usia 49 tahun antara kumpulan berisiko tinggi

Tambah beliau, kadar terkini bagi tahun 2023 ialah 15.9 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran, bersamaan dengan satu kematian setahun.

Dalam tempoh 50 hingga 60 tahun lalu, Brunei turut mencatatkan pengurangan yang baik dalam jumlah kematian ibu dan bayi.

Namun, menurut beliau lagi, untuk terus mengurangkan angka ini bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya dengan peningkatan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti dalam kalangan wanita muda yang berada dalam usia subur.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram