
SETELAH hampir dua tahun menyembuhkan luka di hati, pakar estetik Sabah, Dr Hana Rose kini kembali tersenyum setelah bahagia menjalin hubungan istimewa bersama pelakon aksi tanah air, Pablo Amirul.
Menurut pengasas Klinik Rose Bay itu, membuka semula pintu hati bukanlah sesuatu keputusan yang mudah.
Namun, pendekatan penuh adab dan keikhlasan oleh Pablo berjaya meraih kepercayaannya kembali.
BACA LAGI: Muntah susu normal atau petanda masalah lain? Ketahui cara atasinya, perut bayi selesa, ibu gembira
BACA LAGI: Elak ayat 'ibu tidur lama' pada anak, pakar ulas cara atasi kesedihan pemergian orang tersayang
Dr Hana Rose (kanan) bercinta bersama Pablo Amirul (kiri).
"Hampir dua tahun saya ambil masa untuk benar-benar pulih dan bersedia menerima orang baharu.
"Pablo mendekati saya dengan cara tradisional iaitu berjumpa keluarga di Sabah," katanya kepada Majoriti.
Pendekatan hubungan yang diambil Pablo menjadikan Dr Hana yakin untuk bercinta bersama pelakon filem Polis Evo itu.
Dalam masa yang sama, Dr Hana turut berkongsi pesanan penuh makna buat wanita di luar sana yang mungkin sedang melalui hubungan yang menyakitkan.
“Jangan beri peluang kedua kepada insan yang sudah menyakiti. Block dan move on,” ujar Dr Hana.
Terdahulu pada 2023, Dr Hana menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa keganasan teman lelakinya yang merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram