Koleksi Regal Raya Larney fokus elemen sulaman 'ethereal', hadir 218 rekaan eksklusif dan moden kontemporari


  • Bizz
  • Sabtu, 22 Mac 2025

Koleksi Regal Raya menggabungkan fabrik yang tampak mewah serta sulaman rumit. — Larney

JENAMA fesyen terkemuka, Larney kekal mengukuhkan kedudukan dalam industri dengan pelancaran Koleksi Regal Raya 2025.

Menampilkan sentuhan elegan dan ketukangan halus, koleksi ini mempersembahkan 218 rekaan eksklusif yang menggabungkan fabrik mewah serta sulaman rumit, sesuai untuk wanita moden yang menghargai keanggunan.

Pengarah Kreatif dan Pengarah Urusan Larney, Zuhurah Zaibidi berkata, koleksi tersebut ialah surat cinta kepada 10 tahun yang lalu, mencerminkan kemuncak semangat dan dedikasi perjalanan selama sedekad jenama itu.

BACA LAGI: IVF bantu wanita lanjut usia peluang hamil, namun bayi pramatang, sindrom Down antara risiko dialami

BACA LAGI: Ibu bapa perlu peka kepentingan tahap pendengaran bayi, kanak-kanak demi ukur tahap perkembangan anak-anak

Antara koleksi yang diperkenalkan dalam Regal Raya 2025. — Larney

"Kami telah mencurahkan hati kami ke dalam setiap jahitan, meneroka teknik dan siluet baharu sambil menghormati keanggunan khas Larney. Ia adalah untuk meraikan perjalanan kami dan yang lebih penting, penghormatan kepada wanita luar biasa yang memberi inspirasi setiap hari,” katanya.

Antara rekaan baharu diperkenalkan ialah Serena Kebaya, Glam Kurung, Divina Kurung, Miss Innate dan Celeste Kurung, masing-masing mempamerkan kesenian sulaman Larney.

Lipatan khas yang menjadi signatur jenama tersebut turut diolah semula dalam Miss Classy Floral Kurung, Miss Aubryn Kurung dan Miss Valor Kurung, menghasilkan siluet yang lebih sofistikated.

Dengan koleksi Ethereal Embroidery sebagai tumpuan utama tahun ini, jenama itu menampilkan reka bentuk esklusif seperti Divina Kurung dengan sulaman tebuk dan goyang serta corak timbul.

Miss Innate Kurung pula menampilkan corak songket geometri Melayu timbul pada fabrik yang tidak perlu digosok, manakala Solace Kurung menyerlah dengan sulaman minimalisnya.

Raffiné Kurung, diinspirasikan oleh sulam tekat tradisional Perak, menggabungkan elemen warisan dan moden, sementara Celeste Kurung memancarkan pesona klasik dengan jahitan silang yang rumit.

Koleksi Regal Raya 2025 boleh didapati secara dalam talian di www.larney.com.my pada harga antara RM289 hingga RM959, serta di butik Larney di lokasi terpilih termasuk Bangsar Shopping Centre, IOI City Mall Putrajaya dan Pavilion KL. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram