
PENYANYI veteran yang sedang meningkat naik, SOMA, telah menambah satu lagi pencapaian dengan lagu baharunya 'Aku Tetap Raya' sempena hari raya akan datang.
Lagu istimewa yang mula berkumandang pada Khamis itu amat dekat di hati SOMA kerana ia diilhamkan berdasarkan kenangan zaman kanak-kanaknya semasa hari raya Aidilfitri serta pengalaman indah bersama keluarga semasa perayaan itu.
Untuk rekod, SOMA atau nama sebenarnya Rosmah S. Sengari, telah bergelar penyanyi hampir tiga dekad dan berkecimpung dalam industry muzik tempatan sejak 1996.
SOMA juga merupakan sebahagian daripada kumpulan muzik penyanyi legenda Malaysia, Datuk Khadijah Ibrahim dan sering tampil membuat persembahan bersama diva tersebut dalam acara tempatan.
Beliau turut mengambil bahagian dalam banyak acara muzik tempatan, termasuk di RTM dan Akademi Fantasia musim ke-3 dan ke-4 yang terkenal.
Penyanyi itu juga baru-baru ini melancarkan sebuah album pada Disember lalu, yang merupakan hasil karya komposer terkenal dan legenda muzik tempatan, Datuk S. Atan.
"Ia sememangnya merupakan satu perjalanan yang menakjubkan dan luar biasa sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
"Saya gembira kerana diberi peluang yang indah ini untuk menyanyikan melodi bagi musim perayaan.
"Dan saya harap peminat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada saya dengan single hari raya terbaharu ini," ujar SOMA, semasa pelancaran lagu baharunya di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.Lagu raya berkenaan merupakan karya kreatif SOMA bersama Belle Fattah dan Adinda Amiro.
SOMA ketika majlis pelancaran single terbaharunya.
"Lagu ini berkisarkan pengalaman saya bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
"Saya amat berterima kasih kepada Belle dan Adinda kerana sudi menyusun lagu indah ini, yang didedikasikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga saya.
"Saya berharap lagu ini akan mendapat perhatian dan sokongan yang baik daripada peminat muzik di Malaysia.
"Mudah-mudahan ia mendapat sambutan selepas pelancaran album saya pada bulan Disember," kata SOMA.
Untuk makluman, SOMA mempersembahkan lima lagu dari albumnya semasa pelancaran tersebut iaitu,'Perjalanan', 'Memori Bulan Disember', 'Bebaskan Aku', 'Curahan' dan 'Dugaan'.
Antara lagu-lagu tersebut, 'Perjalanan' dan 'Bebaskan Aku' memiliki melodi yang begitu memikat sehingga jemputan pada majlis pelancaran itu tidak dapat menahan diri daripada turut sama bersenandung ketika ia dipersembahkan.
"Album ini juga merupakan kisah hidup saya, pengalaman-pengalaman saya dan apa yang pernah saya lalui dalam industri muzik tempatan.
"Ia adalah karya ikhlas dan saya berharap peminat muzik saya akan menerimanya dengan baik.
"Lagu 'AKu Tetap Raya' juga adalah kenangan manis saya semasa perayaan Aidilfitri, waktu yang paling saya gemar sepanjang tahun," tambah SOMA.
Rakan baik dan juga mentor SOMA, Khadijah Ibrahim turut hadir di majlis.
Rakan baik dan juga mentornya, Khadijah, turut hadir pada pelancaran tersebut dan berkata bahawa dirinya sangat gembira dengan peningkatan kerjaya SOMA.
"Dia seorang pemuzik yang sangat rajin dan saya memberi pujian atas segala usahanya.
"Sesungguhnya, ini adalah hari yang sangat istimewa.
"Saya sudah lama mengenali SOMA dan sangat gembira apabila mengetahui tentang album dan lagu hari rayanya," kata Khadijah pada majlis pelancaran itu.
Khadijah juga dilihat dalam muzik video yang pertama kali ditayangkan kepada umum pada Khamis.
Selain Khadijah, ramai selebriti lain dalam video tersebut termasuk bekas model dan pelakon terkenal, Zahnita, yang kini turut membuat kemunculan semula dalam industri hiburan.
"Penggambaran video ini sangat menyeronokkan.
"Saya berasa sangat gembira dan saya harap semua rakyat Malaysia akan ceria semasa hari raya tahun ini.
"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan mereka yang mendoakan saya sepanjang penggambaran video," jelas SOMA.
Sama seperti albumnya, single perayaan akan diedarkan oleh Sony Music Malaysia dan 'Aku Tetap Raya' kini boleh didapati di platform penstriman utama seperti Spotify, Joox, Apple Music dan juga YouTube Music. — The Star / S.NAVALAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram