
SEORANG lelaki yang mempunyai sejarah penyakit sawan dan dilaporkan hilang sejak 20 November lalu ditemui meninggal dunia pagi Khamis.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan bahawa Jackson Bar Runi dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 10.25 pagi.
“Sekitar pukul 10.25 pagi, kami menerima laporan daripada pasukan penyelamat di lokasi yang memaklumkan bahawa mangsa telah ditemui di hilir Sungai Dor kira-kira 1.6 kilometer (km) dari rumah mangsa.
“Mangsa kemudian dibawa keluar dari sungai ke jalan utama Sri Aman-Kuching dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Sri Aman," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Group assignment pun sama', ibu sanggup teman anak demi sama-sama genggam segulung ijazah
Operasi SAR, yang diaktifkan sejak 21 November ditamatkan pada pukul 12.30 tengah Khamis.
Operasi pencarian pada hari kelapan bermula pukul 8.30 pagi dengan pencarian permukaan air menggunakan bot di sekitar Loji Rawatan Air Melugu dan kawasan hilir sungai dalam radius 2 km dari loji berkenaan.
Dalam kejadian pada 20 November lalu sekitar pukul 10 pagi, Jackson dilaporkan keluar dari rumah di Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme tanpa memaklumkan ahli keluarga tentang hala tujunya.
Terdapat individu dipercayai orang kampung mendakwa lelaki berkenaan keluar mengikuti kekasihnya, namun tidak dapat kepastian mengenai kesahihan perkara itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram