‘Kaki runner' Singapura, peserta OKU antara 6,600 peserta International Songket Run 4.0 di Shah Alam


  • Hobi
  • Sabtu, 19 Okt 2024

Warga OKU dari Persatuan Pemulihan Orang Cacat Selangor sertai acara International Songket Run 4.0 pada Sabtu.

PROGRAM larian International Songket Run 4.0 (ISR 4.0) mendapat sambutan lebih 6,600 komuniti pelari yang rata-rata bersemangat mengenakan pemakaian elemen songket di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Acara itu dibuat sebagai inisiatif pihak Management and Science University (MSU) melalui Jabatan Pembangunan Pelajar dan Kerjaya (SCD) untuk memelihara budaya seni tenun songket.

Dengan sebegitu, diharapkan orang ramai mampu mengetahui kepentingan menghargai warisan songket dari aspek busana, kraftangan dan kebudayaan.

6095902956898598896 (1)

Komuniti pelari dari kumpulan Santai Runners di Singapura datang ke Malaysia.

Tinjauan Majoriti mendapati, acara itu juga disertai beberapa warga Singapura yang datang ke Malaysia semata-mata untuk menghangatkan suasana program itu.

Seorang lelaki, Mohamad Jamaludin berkata, dia menghadiri acara itu bersama empat orang rakannya dari komuniti Santai Runner.

"Saya suka program macam ini kerana memperbudayakan pakaian tradisional masyarakat Melayu," katanya yang menyertai larian sambil berpakaian lengkap berbaju Melayu.

6095902956898598897

Dzulkipli Shaarani (kiri) membawa anak dan cucunya dalam program ISR 4.0.

Tidak hanya itu, seorang lelaki, Dzulkipli Shaarani juga bersemangat menyertai acara itu dengan membawa bersama anak dan cucunya.

Walaupun sudah berusia 70 tahun, beliau tetap memiliki minat yang tinggi untuk menyertai acara sebegitu bagi mengekalkan gaya hidup sihat.

"Saya rasa acara macam ni bagus untum tonjolkan keunikan di Malaysia. Lebih sertai program saya rasa lebih bertenaga. Minggu depan pun saya ada sertai acara larian lain di Shah Alam juga," katanya kepada Majoriti.

Selain itu, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Radzi Irfan, juga menghadiri acara itu bersama lapan rakannya yang juga OKU dari Persatuan Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor.

"Saya join program ini supaya dapat bergaul dengan orang ramai. Kita nak tunjukkan yang dalam keramaian individu normal sertai program ini, orang OKU pun terlibat sama," katanya,

Lelaki berusia 32 tahun itu juga meluahkan berasa selamat menyertai acara larian berkenaan kerana memiliki petugas di hampir setiap tempat.

"Ada orang yang jaga laluan di setiap tempat. Jadinya mampu seberang jalan raya dengan selamat.

"Individu normal pun membantu, mereka memberi laluan apabila nampak orang OKU mahu lalu. Ada yang tangkap gambar kerana excited lihat orang OKU pun sertai acara larian," katanya.

6095902956898598899 (1)

Kucing, Tam memenangi pertandingan The Song-Cats Show.

Edisi kali ke-4 larian itu juga disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin selaku penaung International Songket Run 4.0.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid, Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid, pengurusan kanan MSU serta rakan industri juga antara individu yang hadir dalam program itu.

Lebih menarik, para peserta juga ada yang membawa pulang pelbagai hadiah menerusi kategori khas yang disediakan termasuklah The Youngest Participant, The Most Senior Participant, The Largest Group Participants, The Special Group Participants (School), The Most Creative Attire in Songket serta beberapa kategori menarik dan unik yang lain.

Bersempena program larian itu juga, acara The Song-Cats Show & Pets Exhibition yang bertemakan Songket turut diadakan.

Pelbagai kategori yang dipertandingkan bertujuan untuk menonjolkan kreativiti dan keunikan peserta, menjadikan acara itu lebih meriah.

Rata-rata orang ramai dilihat teruja apabila terdapat haiwan peliharaan seperti kucing mengenakan pemakaian songket dalam program itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram