
SEBANYAK 8.1 hektar daripada Hutan Bandar Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) di Johor telah diterangi dengan 1.7 juta mentol LED yang berjaya meraih pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai festival cahaya terbesar di taman awam.
Yang Dipertua MPKu, Mohd Fahmi Salam melahirkan rasa bangga apabila majlis itu menerima pengiktirafan berkenaan melalui pameran Luna Lights Wonderland.
Rekod itu ditetapkan berdasarkan saiz lokasi dan jumlah lampu yang digunakan.
Hutan Bandaar MPKu, Johor telah diterangi dengan 1.7 juta mentol LED yang berjaya meraih pengiktirafan dalam MBOR. — MPKu
Luna Light Wonderland menampilkan pelbagai pemasangan cahaya yang bertemakan angkasa lepas, kehidupan akuatik dan hidupan liar.
Antara tarikan utama termasuk Terowong Cinta, Terowong Star Wars, Terowong Avatar dan Maskot Utama Luna yang kesemuanya menawarkan pengalaman visual yang unik.
"Untuk acara ini, kami menggunakan sekitar 20 ekar (8.1ha) daripada keseluruhan 160 ekar (65ha) hutan bandar untuk memaparkan 1.7 juta mentol LED," kata Mohd Fahmi pada sidang akhbar baru-baru ini di Kulai.
Pameran yang melibatkan 70 peniaga tempatan itu dijadualkan dilanjutkan sehingga 27 Oktober, sejajar dengan sambutan Deepavali yang akan datang.
Ia juga dibuat sebagai permulaan kepada perayaan Tahun Melawat Johor 2026. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram