
FESTIVAL Filem Korea 2024 bakal diadakan pada 23 hingga 25 Ogos ini di Golden Screen Cinemas (GSC) di Gurney Plaza, Pulau Pinang dan Mid Valley, Kuala Lumpur.
Sempena Tahun Melawat Korea 2023-2024, festival tahun ini akan menampilkan tiga filem yang memaparkan keindahan alam semula jadi Korea dan pelbagai jenis masakannya.
Semua filem ditayangkan percuma kepada orang ramai. Tiket boleh didapati berdasarkan siapa cepat dia dapat melalui pembayaran GSC dalam talian atau di kios tiket di cawangan terlibat mulai tengah hari 16 Ogos.
BACA LAGI: Dijemput naik pentas masa tingkatan 4, Jay Jay inspirasi Aishah inspirasi sertai bidang nyanyian
BACA LAGI: Pita suara Steven Tyler rosak kekal, konsert jelajah Aerosmith dibatalkan
Filem Our Season ditayangkan pada 6 Disember 2023. — Media Sosial
Berikut adalah filem-filem yang akan ditayangkan semasa festival filem itu:
Our Season – Dikeluarkan pada 2023, Bok-ja yang telah meninggal dunia diberikan peluang untuk kembali semula ke dunia selama tiga hari. Dia kecewa apabila mendapati anak perempuannya tidak bekerja sebagai profesor di universiti berprestij Amerika Syarikat (AS). Sebaliknya, dia mengusahakan sebuah restoran kecil di Gimcheon.
Picnic mula ditayangkan pada 7 Februari 2024 di pawagam Korea Selatan yang mengisahkan tiga sahabat yang pulang ke kampung untuk pertama kalinya sejak 60 tahun lalu. — Media sosial
Picnic – Ditayangkan awal tahun ini, Picnic mengisahkan tentang seorang wanita dalam lingkungan 70-an yang pulang ke kampung halaman selepas beberapa dekad dia meninggalkannya. Di situ, dia bertemu semula dengan rakan-rakan dari zaman kanak-kanaknya dan mengenangkan masa yang mereka habiskan bersama-sama sehingga berpisah dan mengambil haluan masing-masing.
Canola – Gae-chun berjumpa semula dengan cucunya selepas cucu perempuannya itu hilang selama 12 tahun. Malangnya, hubungan mereka bertukar menjadi keruh selepas terbongkar cerita yang kurang menyenangkan. Youn Yuh-jung, antara pelakon yang membintangi filem terbitan 2016 itu memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Oscar untuk wataknya sebagai Minari. — The Star/GORDO KHO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram