'Tanpa fans saya bukan siapa-siapa', Putri Ariani impi gandingan duet dengan Siti Nurhaliza


  • Hiburan
  • Sabtu, 01 Jun 2024

Putri Ariani bakal mengadakan konsert Walkerworld Tour 2024 bersama-sama Alan Walker pada 22 June 2024.

SIAPA sahaja tidak terpukau mendengar kelunakan suara Putri Ariani yang terkenal sejak mengikuti program American's Got Talent (AGT).

Bahkan, suara artis kelahiran Indonesia itu berjaya menarik perhatian produser muzik dan DJ popular dunia, Alan Walker untuk melamarnya dalam menghasilkan lagu berjudul Who I Am.

Sejak bekerjasama bersama artis Electronic Dance Music (EDM) itu menerusi lagu berkenaan selama hampir setahun lalu, Putri Ariani kini mengembangkan bakat ke pentas antarabangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Terpikat dengar suara melalui televisyen, Alan Walker pilih Putri Ariani 'gegar' Sunway Lagoon

BACA LAGI: 'Saya tidak pernah berkira', Hafiz Mahamad buat kejutan hantar staf tunai haji

photo1717131112

Alan Walker (kanan) bersama Putri Ariani (kiri) bakal mengadakan konsert Walkerworld Tour 2024 di Malaysia.

Siapa sangka, hari ini dia mengecapi peluang untuk mengikuti WalkerWorld Tour bersama-sama Alan Walker di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya.

Melangkaui sempadan melalui muzik, Putri Ariani atau nama lengkapnya Ariani Nisma Putri akan diterbangkan dari Indonesia pada 22 Jun 2024 nanti.

Apabila datang ke Malaysia, pastinya ramai peminat tertanya-tanya mengenai artis Malaysia yang menjadi pujaan hati Putri Ariani bukan?

Bercakap soal itu, gadis berusia 18 tahun itu mendedahkan bahawa dia memiliki impian untuk berduet bersama-sama Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Sejak kecil, ibu saya selalu putarkan lagu Datuk Siti Nurhaliza, jadi saya sangat meminatinya.

"Saya rasa suara dia sangat memukau, indah dan menakjubkan," katanya kepada Majoriti.

Sebelum ini, menerusi laman media sosial, terdapat seseorang peminat yang beranggapan suara Putri Ariani mengingatkan mereka kepada Datuk Siti Nurhaliza.

Perkara itu mendapat perhatian Datuk Siti Nurhaliza sehingga mendoakan Putri Ariani berjaya dalam industri muzik.

"Masya-ALLAH adik Putri Ariani, teruslah berjaya dan terbang tinggi, banggakan ibu bapamu dan negaramu.

"Terus menjaga agama dan jati dirimu," tulis Siti.

arianinismaputri_384463793_18316350745100408_1080392408751706252_n-681x681

Putri Ariani di samping Simon Cowell (kanan) ketika meraih tempat keempat AGT musim ke-18.

Membalas hantaran tersebut, Putri Ariani bersyukur dengan berterima kasih kepada penyanyi nombor satu negara itu.

"Terima kasih banyak, Putri Ariani sangat suka lagu-lagu Siti, semoga boleh berjumpa," tulisnya.

Berada dalam industri muzik tidak mudah, Putri Ariani juga mengakui pernah menerima kritikan daripada orang ramai apatah lagi dirinya mengalami buta atau cacat penglihatan.

"Pasti ada orang kritik tetapi saya sentiasa mahu konsisten dengan apa yang saya buat kerana saya memang minat nyanyian," katanya yang juga enggan mendedahkan apa-apa perkataan negatif yang pernah diterima.

Bagaimanapun, dia bersyukur memiliki peminat yang ramai di dalam dan luar negara apabila dikatakan memiliki peminat dari negara ini.

"Saya ada peminat dari Malaysia? Really? Alhamdulillah saya sangat bersyukur kalau ada yang menyokong. Without them, I'm nothing," katanya.

Terdahulu, Putri Ariani menjadi kebanggaan rakyat Indonesia apabila mengejutkan juri dan penonton AGT selepas berjaya mendapat Golden Buzzer daripada juri, Simon Cowell, ketika peringkat saringan AGT pada Jun lalu.

Remaja itu menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Loneliness sambil bermain piano, sekali gus membuatkan Cowell segera menekan Golden Buzzer. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram