
SELEBRITI versatil, Jaafar Onn, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang), Selangor kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu.
Anak kelahiran Muar, Johor itu meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Perkara itu disahkan oleh anak saudaranya, Fahmi Aziz menerusi hantaran di media sosial.
"Pakcik saya Jaafar Onn telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," tulisnya.
Sebelum ini, Jaafar Onn dikejarkan ke Hospital Serdang pada tengah malam Selasa dan dimasukkan ke zon kritikal di wad kecemasan hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.
Sepanjang hayatnya, Jaafar Onn bergiat aktif sebagai pelakon, pelawak dan pengacara veteran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram