Percaya atau tidak, Putin, Hitler miliki bakat melukis luar biasa


  • Hobi
  • Selasa, 09 Jan 2024

Salah satu karya ciptaan George W. Bush yang sangat mengagumkan.

MELUKIS merupakan salah satu hobi bagi individu yang memiliki bakat luar biasa dan pastinya bakat itu adalah anugerah.

Pemimpin negara tidak terkecuali memiliki hobi ini meskipun rata-rata mereka sibuk dengan tanggungjawab mentadbir negara.

Majoriti menyenaraikan lima tokoh yang masih berkesempatan meluangkan masa untuk hobi melukis

WhatsApp Image 2024-01-08 at 2.57.11 PM

Lukisan bertajuk 'Kampung Ambugaga' dilukis oleh Presiden Soekarno.

1) Presiden Soekarno

Soekarno merupakan Presiden Indonesia pertama yang memiliki hobi melukis.

Beliau banyak mengunjungi pameran seni lukis yang membariskan ramai pengkarya seni.

Tidak hanya mengunjungi pameran, Soekarno turut menghasilkan lukisan sendiri berjudul Rini.

Lukisan itu kini menjadi salah satu koleksi yang menakjubkan di Istana Bogor.

1_Mt8MqvWkkyQip68Ourhg2w

Susilo Bambang Yudhoyono meneroka minatnya dalam seni lukis.

2) Susilo Bambang Yudhoyono

Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) merupakan bekas Presiden Indonesia keenam yang banyak meluangkan masanya dengan hobi melukis sejak pandemik Covid-19.

Cintanya terhadap karya seni mendorongnya membuka studio lukisan bernama SBY Art Studio yang terletak di Pacitan, Jawa Timur, Indonesia.

Lebih menarik, karya seninya mendapat tempat di hati peminat sehingga sering dimuat naik ke dalam media sosial.

Selain melukis, SBY juga kerap menghadiri pameran lukisan di serata Indonesia.

https___asset.kgnewsroom.com_photo_pre_2022_04_08_ee16d895-5a62-4baf-9bdf-19219b368856_jpg

Lukisan bangunan karya Adolf Hitler.

3) Adolf Hitler

Adolf Hitler merupakan pemimpin ternama yang pernah mengetuai parti Nazi di Jerman yang memiliki bakat melukis.

Hitler juga dikenali sebagai seorang seniman yang pernah menghasilkan lukisan terkenal berjudul The Courtyard of the Old Residency in Munich (1914).

Lukisan ini menampilkan gaya dan keterampilannya menggunakan cat air dengan menonjolkan batas bangunan rumah yang terdapat dalam lukisan.

Saat Hitler tinggal di Munich, Jerman, ia menghabiskan hari-harinya dengan membaca dan melukis.

president-bush-painting-1024x768-1-1024x768

George W Bush banyak menghabiskan masa dengan melukis.

4) George W Bush

George Walker Bush merupakan seorang ahli politik dan Presiden Amerika Syarikat ke-43 yang berkhidmat dari 2001-2009.

Di sebalik kepakaran dalam bidang politik, Bush gemar menghabiskan waktu terluang dengan melukis.

Pada 2021, Bush menerbitkan dua buku yang diterbitkan serentak iaitu Portraits of Courage: A Commander in Chief's Tribute to America's Warriors dan Out of Many, One: Portraits of America's Immigrants.

Hasil karya seni Bush memaparkan tahap kemahiran melukis yang tinggi sehingga beliau dipuji oleh seorang pengkritik seni, Philip Kennicott.

putin_1238988c

Lukisan yang dihasilkan oleh Presiden Vladimir Putin.

5) Presiden Vladimir Putin

Vladimir Putin merupakan salah seorang Presiden Rusia yang popular di dunia.

Menariknya, disebalik pemerintahan diktatornya, beliau memiliki bakat luar biasa dalam bidang seni.

Lukisan suasana turunnya hujan salju hasil sentuhannya pernah dijual dengan harga penawaran AS$ 620 (RM2,882) di Amerika Syarikat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram