
MELAYARI bahtera rumah tangga lebih indah jika pasangan suami isteri tidak lalai dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing terutama ketika memberi dan menerima tuntutan batin.
Tidak dinafikan hubungan intim suami isteri merupakan kunci kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga, apatah lagi bagi pasangan yang baharu berkahwin.
Namun, keinginan untuk berasmara yang membuak-buak sering kali gagal dikawal, hingga ada pasangan yang mengadakan hubungan intim ketika isteri 'datang bulan', haid atau 'uzur'.
Hubungan intim mengeratkan hubungan suami dan isteri.
Namun, melakukan hubungan intim ketika datang bulan boleh mengundang risiko kepada isteri tetapi suami juga tidak terkecuali.
Dalam beberapa kajian yang dilakukan, segelintir pakar sakit puan percayai melakukan hubungan intim ketika datang bulan boleh mengundang masalah kelamin dan masalah kesihatan yang lain.
Berikut adalah risiko melakukan hubungan intim semasa datang bulan dari sudut kesihatan.
1. Meningkatkan risiko jangkitan pada rahim
Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Ni Komang Yeni Dhana Sari, tidak mengesyorkan pasangan melakukan hubungan seks semasa haid kerana ketika itu serviks wanita akan terbuka dan lebih sensitif.
"Kuman akan mudah merebak ketika melakukan hubungan intim melalui alat kelamin pasangan," katanya.
Melakukan hubungan intim ketika datang bulan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada wanita.
2. Tidak selesa untuk wanita
Hubungan seks semasa haid juga boleh membuatkan wanita tidak selesa ditambah jika mereka mengalami senggugut yang berpanjangan.
Malah, ada juga dikalangan mereka mengalami mood swing dan terlalu sensitif.
Pasangan melakukan hubungan seks ketika haid terdedah pada jangkitan HPV.
3. Meningkatkan risiko penyakit kelamin
Hubungan seks ketika haid juga boleh mengundang pelbagai penyakit kelamin.
Menurut Dr Yeni Dhana Sari, seorang wanita yang mempunyai jangkitan Human papillomavirus (HPV) di dalam rahim boleh berjangkit kepada lelaki apabila melakukan hubungan intim sehingga menyebabkan lelaki berkenaan membawa HPV di dalam badan mereka.
Dalam pada itu, jika lelaki berkenaan berhubungan seks bersama wanita lain, ini boleh menyebabkan wanita terbabit turut terkena jangkitan HPV.
Melakukan hubungan seks semasa haid juga terdedah kepada masalah endometriosis.
4. Meningkatkan risiko endometriosis
Wanita yang melakukan hubungan seks semasa haid juga terdedah kepada endometriosis.
Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami golongan wanita.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapi endometriosis.
Jika tidak dirawat dengan segera, endometriosis boleh mengundang pelbagai penyakit lain seperti tumor, kanser dan juga risiko ketidaksuburan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram